Keberuntungan.

Semalam. Masa balik kerja. Ada orang tegur.

Beruntungnya awak. Orang hantar sampai depan rumah.

.

.

.

.

Ha’ah.

Lah.

.

.

.

******

Kita ni. Ya. Kita. -Saya-. – Awak-. -Dia-. -Mereka-. Selalu lihat apa yang orang lain ada. Cepat perasan apa yang orang lain punya. Suka cari apa lagi yang orang lain ada. Apa lagi. Apa lagi. Apa lagi. Sampai kita jarang renung apa yang kita ada. Lambat perasan apa yang kita punya. Malas. Atau mungkin tak pernah cuba nak cari apa yang kita ada.

.

Carilah. Renunglah.

.

Baru kita sedar. Kita sebenarnya sangat beruntung. Sangat-sangat, kawan!

.

.

.

.

Alhamdulillah. Syukur.

Advertisements

Raja sehari.

Suatu petang di gerai kuih.

Ni kuih apa? Kita tanya.

Kuih raja sehari.

Err. Kuih apa?

Kuih raja sehari.

.

.

Serius?

.

.

Balik rumah, mengadu cerita pada Ibu.

Mana ada kuih raja sehari. Kata Ibu.

Ada! Rupa kuih tu bla… bla… bla…  Kita pun terangkan. Sebaik mungkin.

.

.

.

Itu kuih nagasari. Bukan kuih raja sehari. Kata Ibu.

Oh. Ok!

😆

Ok. Awak berjaya!

Malam masih muda. Belum pukul 9.

Keluar dari pasaraya. Hujan sudah turun. Lebat. Payung tak bawa. Lari-lari emak anak.

.

Berhenti tepi kereta.

Sebelah tangan seluk beg doraemon. Cari kunci. Sebelah tangan lagi cuba tutup kepala.

Haiyyyaaa.

Mana kunci ni.

Seluk beg doraemon lagi.

Sambil seluk, mata TERtengok lori di sebelah.

.

aumm

.

.

.

OPOCOT! φË *^#^@%#%#**%

*Urut dada.*

 

 

aum

 

 

Malam masih muda.

Belum pukul 9 malam.

Tepi simpang tiga empat orang mamat duduk bersembang. Nampak kereta kita, mamat-mamat tu bangun. Lambai-lambai. Tunjuk-tunjuk. Lambai-lambai.

Huh! Kosser nak layan!
.
.
.

Malam masih muda.

Ha’ah.

Masih muda.

Tapi apasal macam errr… Errr… Ohhhhhh. Ok. Lupa buka lampu!

Tiba-tiba rasa nak lambai balik mamat-mamat berhati mulia kat tepi simpang tadi.

.
.
.

😆 Perahsantan.

Ehemmmmm.

Assalamualaikum.

Jumaat lepas. Terima e-mel. Daripada wordpress.com.

.

jejari

Isk. *Lap mata*

.

.

.

.

.

Tuan/Puan/Encik/Cik jejariruncing2013,

Siapa pun awak, terima kasih banyak-banyak.

Iskkkkk. *Lap hidung*

.

Kita dah tak private blog lagi. Err. Sebenarnya, kita private pun sebab kita dah tak rajin nak update blog. Tapi kaaaan. Lepas dapat e-mel pagi Jumaat lepas, terus kita rasa kita nak jadi rajin. 😆

Har har har harapnyalah.

.

.

.

.

Doakan ya.

Terima kasih.