Pasal sepuluh sen.

Ting! Ting! Ting! Kita masukkan duit syiling. Dalam meter parking majlis perbandaran. Alamak. Terlebih sepuluh sen. Sayang. Sayang. Sepuluh sen tu boleh masuk dalam tabung kahwin. Kaaaan. 😆 Kita pun tekan butang merah. BATAL bayaran. Sebab kita pernah kena sebelum ni. Duit lebih tak dipulangkan. Satu detik. Dua detik. Tiga detik. Aik! Kita tekan lagi […]

Gaya makan sihat.

Bulan lepas beli oat. Yang paling besar yang ada di pasaraya itu. 1kg. Kalau ada yang 10kg harus ambil yang itu. Maklumlaaaaah. Nak sihat. 😆 Selamat tinggal bihun goreng. Selamat tinggal kuih-kuih. Selamat tinggal nasi putih. Selamat datang oat yang sihat. 😀 Yeay! Nak makan oat pada waktu pagi. Dan malam hari. Setiap hari. Untung […]

Konsistensi.

  Petang nanti, InsyaAllah, ada urusan dengan orang bank. Makanya, pagi-pagi dah giat berlatih. Berlatih tandatangan. 😆 Harap-harap hari ni tak kena tandatangan sampai 3-4 kali. Macam hari tu. Hari tu. Hari tu. Haissshh. Doakan tangan kita beri kerjasama sepenuhnya, ya. Terima kasih.  

Sparkle sparkling.

Ehemmm. Cahaya keimanan. 😆 Berus gigi baru. Beli lima hari lepas. Mula-mula guna, kita rasa macam, “Eh. Betul ke ni berus gigi?  Ke berus besi?” Keras amat. Bahana ralit sangat nak pilih warna. Tak tengok yang lain dah. Padan muka gigi! Tengok pada kotak. – MEDIUM – Hah? Baru MEDIUM dah macam ni punya keras. […]