Pasal sepuluh sen.

Ting!
Ting!
Ting!

Kita masukkan duit syiling. Dalam meter parking majlis perbandaran.

Alamak. Terlebih sepuluh sen. Sayang. Sayang. Sepuluh sen tu boleh masuk dalam tabung kahwin. Kaaaan.😆

Kita pun tekan butang merah. BATAL bayaran. Sebab kita pernah kena sebelum ni. Duit lebih tak dipulangkan.

Satu detik.
Dua detik.
Tiga detik.

Aik!

Kita tekan lagi butang merah. Beberapa kali.

Aik! Aik! Aik!

.
.
.
.

Ni mesti meter parking tu tengah lapar. Telan enam puluh sen kita macam tu je.

Nah! Telanlah lagi lima puluh sen ni.

Ting!
Ting!
Ting!

Gaya makan sihat.

Bulan lepas beli oat. Yang paling besar yang ada di pasaraya itu. 1kg. Kalau ada yang 10kg harus ambil yang itu. Maklumlaaaaah. Nak sihat.😆

Selamat tinggal bihun goreng. Selamat tinggal kuih-kuih. Selamat tinggal nasi putih. Selamat datang oat yang sihat.😀 Yeay! Nak makan oat pada waktu pagi. Dan malam hari. Setiap hari.

Untung betul. Bukan saja menyihatkan. Malah menjimatkan wang. Sebab tak perlu beli setiap bulan. Tak macam donat. Hari-hari mau beli.

Macam bulan ni. Kita tak perlu beli pun oat lagi. Dan kita bajet, untuk 6 bulan lagi pun tak perlu keluarkan wang untuk beli dia. Sebab entah kenapa oat tu macam tak mau luak. Walaupun sudah 2kali kita memasaknya.😆 Ok la tu kaaan. 2 kali sebulan.
.
.
.
.
.
.

Kenapalah donat tak tak sesedap oat? Haisshhhh.

Konsistensi.

handmade

 

Petang nanti, InsyaAllah, ada urusan dengan orang bank. Makanya, pagi-pagi dah giat berlatih.

Berlatih tandatangan.😆

Harap-harap hari ni tak kena tandatangan sampai 3-4 kali. Macam hari tu. Hari tu. Hari tu. Haissshh.

Doakan tangan kita beri kerjasama sepenuhnya, ya.

Terima kasih.

 

Petua supaya nyamuk tak masuk ke dalam rumah.

Tau tak macamana nak bagi nyamuk takde dalam rumah? Adik lelaki tanya.

Macamana? Kita tanya balik.

Letak selipar dan kasut dalam rumah.

Kenapa?

Sebab bila nyamuk tengok takde selipar dan kasut kat luar, mesti dia ingat takde orang dalam rumah. Tak jadi la dia nak masuk.

.
.
.
.

Oh.
Ok. Logik!

Selamat mencuba petua adik lelaki kita, ya.
😆

Sparkle sparkling.

Ehemmm. Cahaya keimanan.😆

sparkle

Berus gigi baru.

Beli lima hari lepas. Mula-mula guna, kita rasa macam, “Eh. Betul ke ni berus gigi?  Ke berus besi?” Keras amat. Bahana ralit sangat nak pilih warna. Tak tengok yang lain dah. Padan muka gigi!

Tengok pada kotak. – MEDIUM –

Hah? Baru MEDIUM dah macam ni punya keras. Apatah lagi yang HARD. Ada juga orang yang suka keras-keras, ek?

.

.

Masuk hari ke lima guna berus besi gigi baru. (Ya. Kita teruskan juga guna berus gigi tu sebab kedekut tak nak membazir. Amalan syaitan tu.) Sekarang kita dah tau kenapa ada orang yang suka keras-keras. Best! Lain macam. Rasa macam ada cahaya dalam mulut.

😆

.

.

Ok. Lepas ni akan beli berus gigi yang SOFT. Ha’ah. SOFT lebih sesuai dengan kita. Kot. Well. Kita kan seorang yang lemah-lembut.😆